Monday, June 25, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 10)

Sub topik : Pintu Rahsia ke TamanGethsemane (part #6)

SiapakahPenulis-penulis Bible?


Terdapat 4 penulis Bible iaitu Mark(Markus), Mathius (Matthews), Luke (Lucas) dan John (Johannes). Dua nama iaituMark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan pengkompilasi Bible itusendiri iaitu Mark dan Luke. Matthews dan John pula dikatakan sahabat-sahabatnabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak berbalahsiapakah sahabat Nabi Isa AS yang benar-benar melihat wajahnya, bersama-samanyadan mendengar khutbahnya. Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya untuk BibleMathius dan Johannes.

Siapakahmereka? Adakah mereka pernah melihat Jesus?

Mark (Markus) adalah teman seperjalananPaul (siapa Paul akan dibincangkan kemudian). Dia tidak pernah melihat Nabi IsaAS. dan dia juga tergolong dalam Kristian terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lucas) pula adalah seorang Greek yang baru memeluk Kristian dan bahasanyasudah tentu bukan Aramaik. Dia adalah doktor peribadi Paul dan sudah pastitidak pernah bertemu dengan Nabi Isa AS. Juga perlu diingatkan bahawa semuapenulis Bible ini termasuk Paul, semuanya berbahasa Graeco, iaitu bahasaYunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak menggunakan bahasaAramaik sebagai bahasa mereka seharian.

Tradisi menyebutkan Bible Johannes(John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja Asia pertama di Efesus(Ephesus). Bible Yohanes ditulis lebih kurang tahun 85-95 Masehi dankemungkinan diterbitkan sesudah Johannes meninggal dunia.

Berkenaan dengan Bible Lucas, Somerville(seorang sarjana) berpendapat bahawa masa penulisan Bible Lucas sekitar tahun80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal atau lebih akhir kerana tidakada cukup bukti yangg meyakinkan.

"Lucas, penyusun Bible inimenurut Paulus adalah seorang doktor"
(Kolose 4 :14)


Di antara para penulis Bible, diamerupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek) yang bukan orang Yahudi,tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu Jesus. Tapi dia telahmenghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang, Paulus sendiritidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.

Dari pengaturan tulisan, diduga bahawapenulisnya kemungkinan seorang yang sangat terpelajar. Dalam pernyataanpendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya kepada Theophilus, seorang ahlifalsafah Yunani yang terkenal ketika itu,

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yangtelah terjadi di antara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita olehmereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman. Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya,aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supayaengkau dapat mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamusungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Teka-Teki Penulis Bible

Kajian yang teliti dan cermat terhadapayat ini, bahawa telah banyak penulis sebelumnya, yang berusaha menyusungambaran atau cerita (tetapi bukan Bible) dengan berdasarkan pengetahuan merekapada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-pernyataan para saksi langsung danpara pendukung Bible. Pada waktu Lucas menulis bukunya, Bible yang telah adahanya dua, iaitu Bible Markus dan Mathius.

Dua adalah angka pembatas, danseandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan Jesus, maka Lucas tidak akanmenyatakan bahawa "banyak penulis" telah melakukan hal itu. Secarakronologis, Bible Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lucas pastitelah mengetahuinya, dan tentang Bible Mathius tidaklah pasti, sebab pada waktudia menulis Biblenya, Bible Mathius kemungkinan besar belum ditulis, BibleJohanes apatah lagi, ditulis pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidakboleh termasuk diantara yang banyak.

"Pada saat itu Bible Johanes belumditulis dan tidak pasti apakah Lucas mengenal Mathius. Dan satu-satunya sumber yangjelas pastilah Bible Markus"
(DR. WilliamWrede, The Origin of New Testament, hal.48)

Jadi satu-satunya Bible yang tersediaadalah hanya Bible Markus. Empat ayat Lucas ini telah membingungkan banyaksarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis tersebut."Banyakpenulis" adalah sedutan dari kata-kata Lucas sendiri. Pernyataan Lucaspada 2 ayat terakhir ("banyak penulis") memperlihatkan bahawa diatelah mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan,mengkaji, mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurutsyarat-syarat dan pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatupenceritaan yang saling berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Bible.Dia bukannya mengaku menulis di bawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi diabahkan mengakui bahawa dia memiliki dokumen-dokumen yang dimiliki oleh oranglain sebagai sumbernya. Oleh sebab itu disini tidak ada kaitannya denganpersoalan wahyu. Dia menulis bagi Theophilus dan dia tidak pernah mengira bahawakaryanya akan melengkapi perjanjian baru yang diakui secara rasmi olehorang-orang Kristian dimasa datang.

Penyelesaian Teka-teki Penulis Bible

Sampai di sini anda nampak jawapankepada 'puzzle' ini? Kalau tidak cuba lihat kembali kata-kata Lucas (Luke)sendiri dalam (Lucas 1 :1-4)

"Theophilus (sebutan Forasmuch dalamversi King James) yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatuberita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, sepertiyang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksimata dan pendukung Firman. Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwaitu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untukmembukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahawasegala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar"
(Lucas 1 :1-4)

Ini adalah ayat yang merungkai sejarahpenulisan Bible. Ia seakan lima kata kunci untuk membuka 'cipher code' bagipeta ke arah Cibola dalam National Treasure 2. Dalam hal ini ia akan membukaPintu Rahsia Ke Taman Gethsemane ; ketika Nabi Isa AS bermunajat dengan penuhmengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.

Dan(ingatlah) ketika Allah berfirman : "Hai Isa putera Maryam, adakah kamumengatakan kepada manusia : "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhanselain Allah?." Isa menjawab : "Maha Suci Engkau, tidaklah patutbagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernahmengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan akutidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau MahaMengetahui perkara yang ghaib-ghaib."
(Al-Maidahayat 116)


Akutidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkankepadaku (mengatakan)nya iaitu : "Sembahlah Allah, Tuhanku danTuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku beradadi antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasimereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu."
(Al-Maidahayat 117)

Untuk menyelesaikan adakah Bible yangdipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar asli, kita lihat kembali turutansusunan usia Bible yang empat itu (Mark,Matthews,Luke dan John).

Pertama sekali sudah tentu Mark, keranaMark iaitu penulisnya adalah teman rapat Paul (Paul adalah teman seperjalananpula kepada Barnabas - sahabat termuda Nabi Isa AS).

Keduanya Matthews. Tentang BibleMatthews (Mathius) pula, sering ditegaskan oleh gereja bahawa St.Mathius, salahseorang murid Jesus, adalah penulis Bible ini. Menurut para pakar Bible, Bibleini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90 Masehi (Sunderland).

Dalam Bible Mathius sendiri menentangpenegasan tentang penulisan oleh Mathius.

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatseorang laki-laki bernama Mathius duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkatakepadanya, “Ikutlah Aku” maka Mathius berdiri dan mengikutinya”
(Mathius 9 :9)

Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahawapenulis ayat ini bukan Mathius,kerana jika St. Mathius sendiri yang menulisnyatentulah dia menuliskan begini :

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihatdaku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepada aku, “Ikutlah Aku”maka aku pun berdiri dan mengikutinya”
(Mathius 9 :9)

Tapi pada masa berikutnya dinisbahkankepadanya oleh seorang penulis yang tidak dikenali.

W.C. Somerville Ph.D. dari GerejaScottish cukup berani mengakuinya :

“Bible ini ditulis sekitar tahun 80 Masehioleh seorang penyusun yang tidak dikenali. Bible tersebut nampaknya dihasilkanoleh seorang yang sangat tertarik kepada agama Yahudi dan tertarik kepadaPerjanjian Lama (Old Testament), dan kemungkinan dipersiapkan untukdipergunakan pada suatu pusat di mana majoriti orang Kristian sebelumnya adalahorang-orang beragama Yahudi.”
(Somerville, AFirst Introduction to the New Testament, hal.620)
Dari sini terlihat bahawa Bible tersebutditulis oleh seorang yang bukan murid Jesus, tetapi oleh seorang yang tidakmemiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-ajarannya, dan mengumpulkanmaklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi popular tentang Jesus danajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan dokumen yang diwahyukanadalah tidak benar sama sekali.

“Dari apa yang telah dikatakan, akan jelasterlihat bahawa penulisan langsung Bible ini oleh Mathius murid Jesus, adalahtidak mungkin”
(temubualDummelow terhadap The Holy Bible, hal 620)

Alasan utama bahawa penulis Bible Mathiustidak berpuas hati dengan Bible Markus, dan menulis suatu Bible yang lebihkomprehensif dari Bible ini, menunjukkan bahawa dia memiliki akses kepada suatusumber sebagai tambahan bagi Bible Markus. Sebagai contoh, Markus tidak membuatgaris keturunan Jesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu pentingtentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Mathiusmenggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan modentelah memperlihatkan bahawa pada masa itu kedua Bible ini masih dalam tahap'janin dalam kandungan'.

J. B. Phillips nampaknya sama denganpandangan Islam dan seolah-olah bersepakat dengan hujah para ilmuan Islamtentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini. Beliau adalah sarjana yangdibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan baginya untuk berbohongatau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya! Merujuk kepada katapengantarnya untuk "Bible Mathius" (lihat salinannya pada halaman362).

Phillips mengatakan tentang penulisannyasebagai berikut :

"Tradisi terdahulu menganggap Bibleini berasal dari St. Mathius, tetapi para sarjana saat ini hampir semuanyamenolak pendapat ini." Dengan kata lain, Mathius tidak menulis Bible yangmemuatkan namanya.
(Husting’s,Encyclopaedia of Religion and Ethics)

Terdapat sumber lain dari sebuah sumberumum yang dijadikan contoh oleh Mathius, Markus dan Lucas. Ketiga penulis ini,siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum tersebut. Mereka menulis seolahmelihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka sepakat, ketiga-tigakitab Bible pertama tersebut dikenali sebagai Bible Sinoptik.

Jika penulis yang tidak dikenali dari Bibletersebut tidak secara tegas mengakui sumber ini, maka jelas dapat disimpulkan bahawaBible Mathius merupakan karya dari seorang pembangkang Yahudi. Ketidakjelasandari penulisnya, menutup setiap kesempatan bagi Bible tersebut sebagai sebuahdokumen yang diwahyukan.

Selepas Matthews (Mathius),Bible Lucasditulis dan kemudiannya John (Johannes). Kita ketepikan Bible yang terakhir(John) kerana jika ketiga-tiga Bible yang awal sudah berkecamuk dan meragukanapatah lagi Bible yang baru ditulis ini.

Mari kita selesaikan kod rahsia darikata-kata Lucas ini atau yang digelar orang Kristian “Luke The Evangelist”.

"Theophilus yang mulia, banyak orangyang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yangtelah terjadi diantara kita..."

'Theophilus'merujuk kepada seorang ahli falsafah Yunani. Ayat seterusnya bermaksud ramaiorang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita yangdibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan Theophilus.

Apakah peristiwa itu? Kita lihat ayat seterusnya,

"...seperti yang telah disampaikankepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukungFirman."

'...sepertiyang disampaikan kepada kita...' adalah jawapannya. Peristiwa itu adalahseperti satu perbahasan atau perbincangan atau khutbah atau pemberitahuan. Jugatidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah menghadiri satu majlis ilmu.Mereka telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang menyampaikan sesuatukepada mereka. Persoalannya, siapamereka itu yang menyampaikan syarahan kepada Luke dan Theophilus? Lihatseterusnya,

'...oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman',
ini adalah orang yang berbicara kepadaLuke dan Theophilus. 'Saksi mata'adalah orang yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri, bukan mendengarcerita dari orang lain. Dalam kes ini, orang yang memberi syarahan adalahtergolong dalam kelompok Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat danbersama-sama Jesus (Nabi Isa). 'PendukungFirman' adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang aslidan mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaituAramaik.

'...Kerana itu,setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asalmulanya,...'.Dalam ayat ini Luke telah mengambilinisiatif membuat penyelidikan dari hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi. Diamula memikirkan apa yang dikatakan oleh si Hawariy yang pernah melihat Nabi IsaAS dan hidup bersama-samanya. Kemudianapa yang dilakukan oleh Luke selepas itu?

'... akumengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkaudapat mengetahuinya, bahawa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguhbenar...'. Luke telah bertindak menulis kembali apayang dikatakan oleh si Hawariy tadi, seperti seorang murid yang menuliskannota-nota pengajian sekolahnya. 'membukukandengan teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang kemas untukdiberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat memikirkan dan mengkajikembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang didengar mereka adalahsesuatu yang benar.

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawaBible Luke bukanlah yang asli, ia cuma kompilasi dari apa yang didengarnya darisebuah majlis ilmu, atau majlis syarahan golongan Nasrani awal yang berdakwahtentang keesaan Tuhan. Bukanlah persoalannya mengapa kita hendak meragui Luke,tetapi dari sini kita tahu yang Bible Lukeini tidak asli dan hasil tulisan Luke bukan wahyu atau hasil tulisan sahabat Jesus.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-kata, makaia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir, menambah ataumengurangi perkataan. Tambahan pula, ia tulisan pihak ketiga, iaitu orang yangmendengar dari Hawariyyun. Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapiberbangsa Greek, jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasaAramaik dengan bahasa Greek.

Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Tuhan.Dalam kiasan sastera Aramaik, Bapa merujuk kepada Tuhan dan Anak Tuhan merujukkepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-orang menyeru kedamaian dan kasihsayang di jalan-Nya. Jika orang Kristian mengatakan Jesus adalah Anak Tuhan,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat banyak pengertian Anak Tuhan yangditujukan kepada orang lain.

"Diapun akan berseru kepada-Ku :'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan penyelamatku."
(Psalm 89 :26)

Ayat ini mengatakan Daud anak Tuhan.

"Maka engkau harus berkata kepadaFiraun : Beginilah firman Tuhan : Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yangsulung"
(Exodus 4 :22)
Ayat ini mengatakan Yaakub anak Tuhan.

"Dengan menangis mereka akan datang,dengan hiburan Aku akan membawa mereka ; Aku akan memimpin mereka kesungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung ; sebabAku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku."
(Jeremiah 31 :9)

Ayat ini mengatakan Efraim anak Tuhan.Jadi bukan sahaja Jesus anak Tuhan malah ramai 'anak Tuhan’ sebenarnya.

Perkara di atas sebenarnya inginmenjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik anak Tuhan bererti orang yangdikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.

"Berbahagialah segala orang yangmendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut anak Tuhan "
(Matthews 5 :9)

Sebab itu terdapat kecelaruan dari orangyang menulis kitab Bible dari orang yang mengajar Bible itu sendiri. ParaHawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan berbahasa sama dengan Jesus atauIsa sendiri. Jadi bagaimana orang yang berbahasa Graeco atau Yahudi-Hellenistikatau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Bible dengan jelas dan tepatseperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.

Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-injil yang berada di tangan para Hawariy(Apostles)?

Kalau di masaLuke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa yang diajarkan oleh golonganawal Kristian itu, ke mana perginya Injil yang lain?

Takkanlahtiada satu Injil pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-kurangnyabahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang Arablebih dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)?

Jelaslah yang diambil adalah Injil/Bibleorang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf) seperti Luke dan Mark.Orang-orang bukan berbahasa Aramaik. Memanglah ada di antara mereka sepertiPaul (salah seorang yang menambah Bible dan menokok tambah kepercayaanKristian, karyanya ialah Surat-surat Paul yang terkenal itu) itu orang Yahuditetapi dia bukanlah satu 'suku' dengan Jesus. Paul menggunakan bahasa Graeco(Greek) sebagai bahasa sehari-hari. Samalah seperti orang Jawa dan orang Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau bahasa suku berbeza.

Ke manahilangnya Injil/Bible yang lain? Terutama yang berbahasa Aramaik?

Jika kita tahu ke mana hilangnya Bibleyang lain, kita semakin cepat meneka kunci yang mana satu adalah betul untukmembuka Harta Karun Knight Templar!


Bibliografi : Prof. H.S. Tharick Chehab'Sejarah AlKitab' KH. Bahaudin Mudhary 'Dialog Masalah Ketuhanan Jesus'


Sunday, June 24, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 9)


Sub topik : Pintu Rahsiake Taman Gethsemane (part #5)


Adadua saduran dari ucapan ini, satu di Kitab Injil karangan Matius dan yang satulagi di Kitab Injil karangan Lukas. Kedua saduran ini tidak sama. Periksa danbandingkanlah MATIUS 5, 6 dan 7 dan LUKAS 6 : 17 - 49.

Sebagaimanadiketahui Jesus berbahasa Aramaik, dan naskah ajarannya dalam bahasa ini sudahtidak ada lagi, dan menurut para sarjana, ia tidak mungkin ditemukan lagi.Dapat dikatakan bahawa naskah itu adalah Injil Jesus yang asli, yang tersimpanoleh saudaranya seibu, Yakub, Ketua Jemaah, di Mihrab Masjid Al-Aqsa diJerusalem. Pada tahun 62 Yakub terbunuh atas perintah Ananas, Imam BesarYahudi. Pemberontakan (67-70) melawan orang Rom berakhir dengandibumiratakannya Jerusalem.


Perluditekankan bahawa pengikut sejati dari ajaran Jesus ini adalah daripada BaniIsrail (Yahudi). Mereka dinamakan "Nazoreans (Nazarenes, Nasarah)"taat kepada syari'at Nabi Musa AS, percaya bahawa Jesus, putera gadis Mariam AS,adalah Al-Masih. Mereka merupakan suatu jemaah, suatu aliran tasawuf yang miripsekali, menurut hasil penyelidikan Dead Sea Scrolls, dengan tarekat kaumEssenes. Mereka tidak bergereja dan bukan Kristian, bahkan dikafirkan kemudianoleh kaum mualaf (yang baru memeluk) Nasrani yang mendewakan Jesus laksana"Penebus Dosa."


KitabInjil dikatakan (kerana tiada bukti) karangan Matius tersiar kira-kira padatahun 79. Matius (Ibrani : Mattihyah ; artinya "anugerah Ilahi"),putera dari Alpius, seorang Yahudi yang berbahasa Aramaik adalah hawari(discipel) dari Jesus.

Autographdalam bahasa Aramaik dari karangannya yang kemudian disebut Injil, tidak adalagi. Hanya ada codices dalam bahasa Greek-Koine, yaitu bahasa Yunanisehari-hari, salinan-salinan dari yang lain-lainnya. Tidak diketahui siapapenterjemahnya dan para penyalinnya.

The Last Supper : Da Vinci

AdapunKitab Injil Lukas, karangan Lukas ini tersiar kira-kira antara tahun 145 - 155.Lukas, seorang mualaf Kristian berasal dari Greek yang tidak berbahasa Aramaik,adalah ahli perubatan dan kawan dari Paulus. Lukas tidak kenal Jesus. Autographdari tulisannya yang kemudian disebut Injil, pun tidak ada. Hanya terdapatsalinan-salinan dari salinan-salinan yang berlainan.

Siapapara penyalinnya tidak diketahui pula?

Darikedua saduran tersebut dapat dinilai betapa tingginya ajaran akhlak dari Jesus.

Perlukiranya diterangkan di sini bahawa menurut segala kamus, Tuhan adalah God danHeer adalah Tuan. Dalam Bijbel naskah Belanda dan Inggeris disebut Heer danLord, akan tetapi dalam naskah Melayu/Indonesia diterjemahkannya Heer, Lorddengan Tuhan ; hingga bila diterjemahkan kembali menjadi God ; hal manamenyesatkan pembaca dan meng-ilahkan Jesus. Tidak disebutnya God Jezus, tetapiHeer Jezus, iaitu sama seperti sebutan 'Sayidina' (Tuan Kami) dalam tradisiIslam. Jadi ia sepatutnya disebut Tuan Isa. Jelaslah pula dengan kata Bapakudan Bapamu dimaksudnya Allah, tanpa perbezaan antara kedua Bapa itu.

Jesussendiri menyebut dirinya Anak Manusia. Ketahuilah bahawa dalam bahasa-bahasaSemit, tidak dikenal huruf besar, huruf kapital (hoofdletter) Pendeta Dr. A.P.Davies menguatkan apa yang tersebut di atas di dalam bukunya "The FirstChristian" pada halaman 128, begini :

"Menurut pendapat banyak sarjana, satu dari pada sebab-sebabyang utama dari perubahan status Jesus, dari Al Masih Yahudi hingga menjadiPembebas alam-dunia, terletak pada penggunaan istilah "Lord."

Dalambahasa Ibrani kata ADONAI cuma berarti Yehovah, Tuhan yang Satu dan yangSatu-satunya, dan Jesus tidak mungkin disebut Lord.

Dalambahasa Aramaik (MARAN) sudah mulai ada suatu perubahan. Para dewa pembebasMatahari adalah "lords." Dalam bahasa Yunani (KURIOS), kata ini pastimempersamakan Jesus dengan seorang dewa - pembebas seperti lord-lord lain dariagama-agama misteri. Bukannya kata "kurios" diperuntukkan khas gunamaksud ini.

Kata"kurios" dapat dipersamakan dengan kata "sir" dalam bahasaInggeris. Tetapi kalau kata itu digunakan tentang Caesar atau tentang seorangdewa pembebas, maknanya menjadi agung.

Kataitu tentu dapat dipakai tentang Jesus dalam erti yang lebih tinggi sesudah iaditablighkan kepada orang ; kalau tidak Jesus akan lebih direndahkan dan padakedudukan dewa-dewa Attis, Tammuz atau Osiris. Sesudah kata itu dipakai bagiJesus, maka beliau, tidak mungkin lain, memperoleh beberapa tabiat dari paradewa-pembebas.

Ideatentang pembebas sebagai Putera Tuhan sudah ada beberapa abad sebelum Paulus,pada agama Hellenic (Greek Kuno), pada Gnosticism, pada gerakan Hermetik.Konsep Ibunda Tuhan yang kini dihubungkan dengan Maryam, Ibu dari Jesus, telahjauh berkembang pada dewi Isis, Cybele dan banyak lagi "materdolorosas" lain.

Dodddalam kajiannya yang tersohor tentang istilah-istilah dalam bahasa Ibrani danYunani dari Wasiat Lama, memeriksa kata-kata seperti 'God," 'Law,""Sin," "Atonement," "Faith," dan memperlihatkanbagaimana maknanya berubah kalau Ibrani diganti dengan Yunani.

Wednesday, June 20, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 8)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #4)

Sejarah Bible

(Nota: Dalam perbincangan dibawah kadangkala Nabi Isa disebut 'Jesus' secara bergantian)

Bible atau Kitab Perjanjian Baru adalah suatu Kitab Greaco (Yunani), dialek Koine, yang dikarang dan ditulis di luar Palestin; jadi bukannya dalam bahasa Aramaik yang digunakan dan difahami di Palestin pada masa itu oleh Nabi Isa AS, para Hawariyyun dan awam.

Sebenarnya Perjanjian Baru bukan merupakan suatu Kitab, tapi hanya karangan-karangan, surat-surat kiriman dan catatan-catatan terpisah dalam bahasa Yunani dan Aramaik hingga menimbulkan beraneka tafsir yang bertentangan; terutamanya sekitar entiti Jesus,dan bukan ajarannya.

Contohnya, surat-surat dari Paulus ditulis antara tahun 50 M dan 54 M (semua tahun selepas ini adalah dalam Masehi) dari Korintus dan Epesus kepada orang-orang Tesalonika, orang-orang Korintus, orang-orang Galatia dan orang-orang Rom.

#Pada tahun 58 dari Rom kepada orang Pilipi dan Kolose.

#Pada tahun 65 surat kepada orang-orang Ibrani (katanya oleh Paulus).

#Pada tahun 75 disiarkan bentuk awal Injil karangan Markus.

#Pada tahun 79 disiarkan Injil Matius.

#Pada tahun 90 Synode di YAMNIA mengakui Kitab Suci Yahudi, iaitu Wasiat Yang Lama menurut tradisi (orang Yahudi Diaspora). Pada tahun 95 disiarkan Kitab Wahyu.

#Pada tahun 105 disiarkan Kitab Kisah Perbuatan Rasul-rasul karangan Lukas yang terdiri dari 2 jilid dan kemudian dijadikan satu karya.

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 7)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #3)

Knight Templar dan 'Secret Societies'







Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies' seperti Freemason dan Priory of Sion. Priory of Sion mungkin nama komersil yang digunakan, tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-benar wujud, iaitu Rosicrusian. Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan kepada nama Knight Templar.

Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?

Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?

Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah, Kabbalah.

Tuesday, June 19, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 6)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #2)

Perang Hittin 1187

Pertempuran Hittin : Tentera Salahuddin al-Ayubi berjaya ke atas Tentera Salib

Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin" kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang ingin mengepung Tiberias.

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 5)


Sub topik: Pintu Rahsia ke Taman Gethsemane (part #1)


Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau? Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu, The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau, kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama, sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru, pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II, raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem). Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur. Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci, para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak, tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam, mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan, dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian, pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya. Grand Masternya, Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?

Monday, June 18, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 4)


Sejarah panjang agama Kristian telah banyak bercampur-baur dengan kelompok-kelompok rahsia (secret societies), paganisme dan ajaran sesat Kabbalah-Yahudi. Tidak boleh tidak, sesungguhnya dunia Kristian tidak boleh berdiri sendiri tanpa dokongan kelompok-kelompok rahsia ini yang bertanggungjawab 'mempagankan' ajaran-ajaran Jesus (nabi Isa AS) sehingga menjadi satu agama yang berwarna-warni dengan berhala-berhala dewa-dewi Rom-Mesir-Babilon, para Santo dan orang suci, Maryam si Perawan Suci dan imej-imej Jesus sendiri.

Tidak dinafikan bahawa para Kabbalah Yahudi ada 'saham' dalam penyelewengan kitab Injil dan menyembunyikan Firman-firman-Nya dan merekalah yang menjadi dalang kepada konsep Triniti : konsep yang tidak pernah diajarkan oleh Jesus sendiri, juga para Hawariyyun (apostles) di mana Triniti adalah berasal dari agama-agama Pagan Kuno yang selalu meletakkan posisi tiga entiti sebagai objek sembahan (deities) seperti Mesir (Horus, Isis dan Osiris), Hindu (Trimurthi-Brahma, Vishnu, Siva) dan ya, sudah pasti dari ajaran sesat Kabbalah sendiri iaitu Jahbulon (gabungan tiga dewa orang Kaldan/Chaldea, Syria Kuno dan Mesir Kuno) yang menjadi silibus peringkat tinggi hingga 33rd Degree Freemasonry.

Pada siri satu, dua dan tiga dalam artikel bersiri Membongkar Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar yang lalu, anda telah disajikan dengan 2 rahsia yang menjadi lambang pada lencana mereka. Namun, ianya tidak lengkap sekiranya anda tidak mengikuti artikel kali ini yang membawa anda meneroka susur galur mengenai 2 rahsia sulit ini. Kami dengan ini membawakan kepada anda Peti Harta Dari Rennes-le-Chateau. Selamat meneroka disebalik rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik lambang 2 kunci bersilang.

Perlu diingat, pengetahuan rahsia peringkat tinggi ini tidaklah diketahui oleh para Mason peringkat bawah kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membukakan rahsia atau istilah Masonnya 'Illumination' iaitu pencerahan secara sedikit demi sedikit selaras dengan kenaikan pangkat mereka dalam organisasi. Juga, rahsia sulit terbesar tidaklah diketahui oleh para pengikut Kristian bawahan atau kebanyakan tetapi hanya akan diketahui jika mereka mengkaji susur galur ajaran Kristian sehingga era Constatine hingga pemburuan jemaah Kristian awal (atau golongan Nasrani), era sebelum Paulus dan zaman Hawariyyun (The Apostles). Rahsia yang juga disimpan kemas dalam Ruang Rahsia Diraja Vatikan tanpa sesiapa pun dibenarkan memasukinya kecuali yang terpilih dari Dunia Kristian dan Para Elit 'The Wise Man'.

Rahsia yang merupakan sumber ketakutan kepada Vatikan turun-temurun.

Petunjuk Tersembunyi dan 'Peti Harta' Dari Rennes-le-Chateau

Rennes Le Chateau Tower Of Magdala

Golongan Kabbalah sememangnya tidak senang melihat ajaran-ajaran suci Jesus yang mengesakan Allah SWT dan menafikan segala kebohongan dan amalan sihir para rahib Kabbalah yang sesat lagi menyesatkan. Sudah tentu setiap saat mereka merancang penghapusan terhadap Jesus atau Isa AS itu. Golongan Kabbalah inilah 'frontman' kepada rancangan-rancangan The Hidden Hand sejak zaman nabi Musa AS (Moses) lagi.

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 3)



Kisah Paderi Dan Rahsia Anak Kunci Syurga

Dalam artikel yang lalu, kita telah gazetkan mengenai satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi katolik, yang akan membawa anda menyingkap rahsia disebalik 2 kunci bersilang. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Berikut adalah kisah Paderi dan Kunci Syurga,

Kisah Paderi dan Kunci Syurga

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini. "

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Sunday, June 17, 2012

Dua Rahsia 'Sulit' Terbesar (siri 2)

The Keys of Kingdom of Heaven



Rahsia Dua Kunci Bersilang

Lambang di atas adalah tanda kebesaran dan lencana bagi Paus Vatikan sebagai Ketua Kristian aliran Katolik dan pemerintah negara Vatikan. Ia terdiri daripada tiga mahkota kecil yang disebut 'Triple Tiara', salib emas di atasnya dan 'Crossed Key' iaitu lambang dua kunci bersilang; satu berwarna emas dan satu berwarna perak. Ini adalah lambang kemegahan rasmi bagi siapa yang menduduki kerusi Paus Vatikan.

Bagi penganut Kristian yang kurang peka tidak mahu mengkaji, tiada apa-apa yang istimewa dari lencana Paus ini. Tetapi bagi para pengikut Illumination peringkat tertinggi, lambang ini mengandungi rahsia yang amat berbahaya dan perlu dijaga. Rahsia yang amat terpendam beribu tahun. Rahsia yang hanya dapat dibaca dalam manuskrip-manuskrip asli dan kuno berasal dari catatan-catatan para pengikut awal Hawariyyun (The Twelve Apostles) yang berkelana keluar dari Galilee, Antokiah (Antioch) dan kawasan-kawasan sekitar Palestin ke arah Eropah dan Afrika. Manuskrip-manuskrip ini ada yang dibakar dan rahsia yang terkandung di dalamnya disenyapkan oleh para Paderi beribu-ribu tahun, namun demikian ada di antara mereka yang dibukakan hatinya oleh Tuhan untuk menyebarkan rahsia ini dari mulut ke mulut, menulisnya dalam tulisan-tulisan, melakarkannya dalam lukisan-lukisan, mengukirnya pada ukiran-ukiran; mereka menyembunyikannya dalam kod-kod rahsia, petunjuk-petunjuk dan katakunci-katakunci yang dibuat khusus untuk mereka yang dapat memahaminya.

Apakah rahsia yang amat berbahaya,yang terkandung di dalam lambang Paus ini??

Petunjuk di dalam Dua Kunci Bersilang

“Every great truth begins as a blasphemy.” - Bernard Shaw