Thursday, May 10, 2012

Illuminati & Adam Weishaupt





Illuminati adalah sebuah persaudaraan kuno yang pernah ada dan diyakini masih tetap ada sampai sekarang walaupun tidak ada bukti - bukti nyata keberadaan persaudaraan ini sampai saat ini. Illuminati bermaksud Pencerahan Baru. Para penganut Illuminati disebut Illuminatus yang bermaksud Yang Tercerahkan. Illuminati sebelumnya bernama Perfectibilists ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (1748-1811) seorang keturunan Yahudi yang lahir dan membesar di Ingolstadt, memiliki latar belakang pendidikan sebagai seorang Jesuit yang kemudiannya menjadi seorang pendeta Katolik dan selanjutnya mengorganisasi House of Rothschild. Illuminatus adalah orang - orang yang mencari jawapan apa yang disebut agama sebagai misteri Tuhan. Menurut mereka dengan ilmu pengetahuan tidak ada lagi misteri Tuhan, semua ada jawapannya. Salah seorang Illuminatus yang terkenal adalah Galilei Galileo seorang ahli antropologi yang dihukum dikurung di rumah seumur hidup oleh gereja akibat membuat kenyataan bahawa pusat alam semesta yang bukan bumi adalah matahari. Kenyataan tersebut dianggap menyinggung gereja kerana secara tidak langsung menyatakan bahawa Tuhan dengan sengaja menempatkan pusat kehidupan di planet lain. Sejak saat itu illuminatus diburu oleh para kaum gereja. Mereka diburu dan diberi cop salib di dada mereka dan kemudiannya dibunuh. Illuminati kemudian bergerak dari bawah tanah sebagai sebuah kumpulan rahsia yang paling dikehendaki oleh gereja. Para illuminatus yang melarikan diri kemudian bertemu dengan kumpulan rahsia yang lain iaitu kumpulan ahli batu yang bernama Freemasonry atau lebih sering disebut sebagai kelompok Mason.

Sejak bergabung dengan kelompok Freemasonry, illuminati menjadi semakin kuat kerana dibantu oleh rangkaian kumpulan Freemasonry yang sepertinya tidak menyedari telah dijadikan alat pengangkutan selamat oleh illuminati. Illuminati terus diburu oleh gereja. Mereka dicop sebagai penganut paham Luciferian Conspiracy. Lucifer sering dikaitkan dengan syaitan. Sehingga illuminati juga disebut sebagai kelompok saithan. Sebutan ini menjadi asal kata satan dalam bahasa Inggeris yang bererti syaitan. Walaupun demikian mereka bukanlah pemuja setan, hal tersebut hanya propaganda gereja kepada Illuminati agar mereka semakin diyakini sebagai musuh masyarakat.

Sejak 1782 gerakan Illuminati menyebar dari Denmark sampai ke Portugal, bahkan lebih jauh lagi. Orang-orang Inggeris yang terilluminasi bergabung dengan orang-orang Amerika membina Loji Columbia di kota New York pada tahun yang sama. Seorang bangsawan muda Rusia, Alexander Radischev, bergabung di Leipzieg, dan menyebarkan doktrinnya ke kampung halamannya di St. Petersburg. Di Lisbon seorang penyair bernama Claudio Manuel da Costa menjadi ahli, dan ketika hijrah ke Brazil ia mendirikan sebuah cabang dengan dibantu dua orang doktor dari Ouro Preto, Domingos Vidal Barbarosa dan Jose Alvares Maciel. Pada tahun 1788 trio ini melancarkan pemberontakan Illuminati yang pertama, Inconfidencia MINEIRA, tetapi pemberontakan itu ditumpas ketika baru saja berputik oleh raja muda Marquis de Barbacena.

Johann Adam Weishaupt (Ingolstadt, 6 Februari 1748 - Gotha, 18 November 1830) adalah seorang Jerman, pengasas Order Illuminati. Walaupun dibesarkan dalam persekitaran Yesuit, pada akhirnya ia menyimpang dari ajaran aliran tersebut dan pada 1 Mei 1776, dengan bantuan Adolph Freiherr Knigge, ia mendirikan suatu aliran baru "Order of Perfectibilists" yang selanjutnya dikenal dengan nama Illuminati. Aliran ini mempunyai misi untuk menghapuskan semua kerajaan monarki dan agama. Adam Weishaupt adalah seorang manusia yang paling dikenali di kalangan zionis dan freemason. Tidak ada revolusi apa pun pada abad ini kecuali dihubungkan dengan nama dan cita-citanya. Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik Rusia; selalu berakhir pada mata rantai pemikiran dan strategi brilian dari pemikirannya.

Pada awalnya, dia adalah seorang pastor Katolik yang kemudian membelot menjadi pelopor yang paling gigih dalam menentang agama Kristian serta agama yang lain. Gerakan rahsia Iluminati berkembang dengan rangkaian yang "menggurita" kerana sokongan dari keluarga Rothchild. Meyer Amschel Rothchild (1743-1812) merupakan tokoh perbankan yang sangat dominan di Jerman dan disebut sebagai dinasti, kerana keturunannya memegang rangkaian kerajaan perbankan dunia di Eropah dengan cita-citanya untuk menguasai ekonomi dunia. Salah satu ucapan Rothchild yang terkenal adalah:

"Beri aku kesempatan untuk mengendalikan ekonomi suatu bangsa, dan aku tidak akan pedulikan siapa yang berkuasa (give me control over a nations economic, and I don't care who writes its laws)."

Motto Rothchild ini memberikan kekuatan serta dorongan seluruh anggota Iluminati untuk tidak melewatkan segala aspek yang mengiringi mereka pada diktator ekonomi yang mampu menguasai dan mengendalikan pemerintahan di pelosok dunia. Bahkan, salah satu Presiden Amerika ke-20, iaitu James Abram Garfield yang juga ahli Iluminati berkata:

"Sesiapa yang mengendalikan wang atau ekonomi suatu bangsa, maka ia akan menguasai bangsa tersebut (whomever that control the money or economic of nation, they would control the nation too)."

Adam Weishaupt juga seorang Jesuit, profesor dalam bidang undang-undang dan mengajar di Universiti Ingoldstadt, Bavaria, Jerman, sehingga tahun 1770. Kekecewaan dirinya terhadap dogma-dogma Kristian Katolik menyebabkan dirinya keluar dari jawatannya sebagai pastor dan mula mengabdikan diri pada gerakan zionis untuk mendirikan satu pemerintahan dunia (One World Government) yang dipercayai akan menegakkan martabat manusia dengan menghapuskan agama di muka bumi, kecuali kefahaman syaitan (abolition of all religion, except Satanism).

Jawatannya sebagai pastor dan Jesuit ditinggalkannya kerana merasa bertentangan dengan pemikirannya yang bersifat kosmopolitan dan keterbukaan. Hal ini merupakan awal dari terbentuknya aliran iluminasi. Dikatakan oleh Albert G. Mackey:

"Weishaupt yang berpandangan kosmopolitan yang mengetahui ajaran tahayul para pastor yang sewenang-wenangnya di bidang undang-undang, telah menubuhkan parti pembangkang di Universiti. Ini adalah awal rancangan iluminasi atau 'penerangan'. (Weishaupt whose views were cosmopolitan and who new condemned the bigotry and supertision of the priest, established opposing party in the university. This is the beginning of the order of Illuminati or the enlightened). "

Setelah keluar dari gereja Katolik, gereja mendakwa dia mendirikan rangkaian konspirasi baru yang disebut dengan Luciferian Conspiracy serta Gereja Setan (The Synagogue of Satan). Ditambah menurutnya, syaitan bukanlah makhluk yang hina, melainkan kekuatan yang melambangkan kejujuran, keberanian, dan kebebasan. Setan sebagai makhluk telah mendapatkan pengampunan Tuhan dan sebagai bukti penebusannya syaitan ingin menyelamatkan manusia. Ajaran ini ditanamkan kepada para ahli iluminasi bahawa kefahaman Satanism merupakan bentuk evolusi kemanusiaan, lambang kebebasan manusia, dan merangkumi rangkaian denyut kehidupan dunia secara global (Satanism is about the evolution of humanity and the promotion of freedom on individual and global scales). Ramai yang menganggap ini hanyalah propaganda gereja kepada kaum illuminasi.



Selama lima tahun dia menyusun buku yang berjudul “The Novus Ordo Seclorum” yang mengandungi konsep-konsep, doktrin, serta teori tentang pemerintahan global. Buku tersebut selesai pada tarikh 1 Mei 1776. Sebagai penghormatan terhadap dirinya, tarikh 1 Mei dijadikan sebagai hari perayaan Komunis di seluruh dunia. Menurut Myron Pagan, langkah-langkah strategik yang ditulis Weishaupt untuk mewujudkan cita-citanya tersebut antara lain, sebagai berikut:

1.   Iluminati harus menguasai para pegawai tinggi kerajaan dari beberapa tingkatan jabatan, bila perlu dilakukan cara-cara kotor dengan menyogok, baik dengan wang mahupun perempuan.
(Monetary and sex bribery was to used to obtain control of men already in high places in the various levels of all governments and other field of endeavor).

2.   Iluminati melakukan perekrutan terhadap aktivis mahasiswa yang berpotensi, yang mempunyai bakat dan dari keturunan yang unggul untuk dilatih sebagai anggota iluminati yang prospektif di masa depan.
(The Illuminati who were on the faculty of colleges and universities were to cultivate students processing exceptional mental ability and who belong to well-bred families with international leanings and recommend them for special training in internationalism).

3.   Mereka yang sudah terperangkap dalam rangkaian iluminati, termasuk mahasiswa yang telah dilatih dan diberikan pengetahuan khusus tentang dunia antarabangsa, serta cita-cita iluminati akan dijadikannya sebagai agen iluminati di beberapa negara dan ditempatkan sebagai kakitangan ahli atau pakar yang mendampingi pejabat kunci kerajaan.
(All influential people who were trapped to come under the control of Illuminati, plus the students who had been specially educated and trained, were to be used as agents and placed behind the scenes of all governments as experts and specialist).

4.   Iluminati akan menguasai semua saluran media massa, baik media elektronik maupun cetak, memiliki dan mengawal kerajaan sedemikian rupa sebagai satu-satunya penyelesaian sehingga mampu membentuk pandangan orang awam.
(They were to obtain absolute control of the press so that all news and information could be slanted to convince the masses that a one word government is the only solution to our many and varied problems. They were also to own and control all the national radio and TV channel).

No comments:

Post a Comment