Memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat bukanlah
seperti memegang jawatan Perdana Menteri di negara-negara lain. Mereka yang
dipilih menjadi Presiden perlu mempunyai mental dan fizikal yang utuh. Malah ia
belum cukup sebenarnya. Mereka perlu juga menjadi seorang yang mempunyai
prinsip.
Kontroversi dan Skandal
Sangat sukar mencari presiden Amerika Syarikat yang
mempunyai prinsip yang kuat kecuali seorang sahaja iaitu Presiden Amerika
Syarikat ke-35 iaitu John F. Kennedy. Digelar dengan J.F.K, Kennedy juga
tidak lekang daripada kontroversi dan skandal. Antara kontroversi dan skandal
yang melibatkan Kennedy adalah skandal seks melibatkan Kennedy dan Marilyn Monroe,
Gunilla van Post, Judith Campbell, Mary Pinchot Meyer dan Mimi Beardsley
Alford. Selepas meninggalnya Kennedy sekalipun, beliau masih lagi diselubungi
kontroversi apabila tersebarnya gambar percutian beliau dan gadis berbogel pada
1967 dalam Majalah Playboy.
Kontroversi
menyelebungi pembunuhan Kennedy
Bukan itu sahaja, insan yang dilahirkan pada 29 March
1917 ini juga mempunyai kontroversi yang lebih besar. Ia tidak lain dan tidak
bukan adalah kontroversi melibatkan pembunuhannya pada 22 November 1963.
Pembunuhan berkontroversi ini berlaku di Dallas, Texas
pada pukul 12.30 pm waktu tempatan sewaktu dibawa berarak menaiki limosin
Presiden yang tidak berbumbung. Turut bersama-sama dengan Kennedy adalah isteri
beliau, Jacqualine Kennedy, Gabenor Texas, James Connolly dan isteri.
Kennedy meninggal dunia serta merta selepas ditembak
di dua tempat di bahagian tubuhnya iaitu di kepala dan belakang badan (menembusi
leher di hadapan). Detik-detik kematian Kennedy telah sempat dirakam oleh
beberapa jurukamera amatur seperti Abraham Zapruder, Marie Muchmore dan Orville
Orhel Nix. Rakaman -rakaman mereka menjadi popular selepas menjadi antara bahan
bukti penting untuk tujuan penyiasatan kes pembunuhan Kennedy. Rakaman-rakaman
daripada ketiga-tiga individu ini digelar Zapruder film, Muchmore
film dan Nix film.zion
Teori Konspirasi Pembunuhan Kennedy
Miskipun Kennedy terkenal dengan skandal melibatkan
wanita namun ia tidak bermakna Kennedy adalah presiden yang gagal. Dalam
sejarah Amerika Syarikat, Kennedy tidak pernah dinobatkan sebagai presiden yang
gagal dan jauh sekali digelar presiden yang lemah dalam pentadbiran. Walaupun,
tempoh penggal Kennedy merupakan tempoh yang paling kritikal akan tetapi ia
tidak memberi kesan kepada pentadbiran Kennedy secara keseluruhan.
Penggal Kennedy dihidupkan dengan pelbagai isu dan
masalah besar seperti isu Bay of Pigs melibatkan hubungan Kennedy dan Presiden
Cuba, Fidel Castro, isu nuklear melibatkan tiga penjuru iaitu Amerika Syarikat,
Soviet Union dan Cuba, isu Perang Dingin, isu pemilikan nuklear Israel, isu
jenayah terancang melibatkan mafia dan isu melibatkan pembinaan roket untuk ke
bulan.
Pembunuhan Kennedy dilingkupi
sekurang-kurangnya 7 Teori Konspirasi Utama iaitu:
1.
Pembunuhan Kennedy telah direncanakan oleh KGB.
Polis rahsia Soviet Union. Teori paling popular yang dicanangkan oleh Amerika
Syarikat. Perang Dingin antara Amerika Syarikat - Soviet Union telah mencapai
tempoh tegang apabila berlakunya isu Krisis Misil Cuba atau lebih dikenali
sebagai Oktober Crisis. October Crisis ini berlaku apabila Soviet Union
terlibat secara langsung dalam pembinaan serta eksport kepala peledak (warhead)
nuklear ke Cuba. Ia berjaya didedahkan oleh gambar yang dirakam oleh pesawat
pengintip U-2 photoreconnaissance
yang memaparkan kerajaan Cuba dan Soviet Union sedang giat membina tapak misil
di Cuba. Krisis ini hampir sahaja mencetus Perang Nuklear selepas Kennedy
secara tegas memberi kata dua (ultimatum) kepada Nikita Khrushchev samaada
memberhenti pembinaan misil tersebut atau menghadapi senjata nuklear daripada
Amerika Syarikat. Nikita mengambil jalan selamat apabila memberhentikan
pembinaan misil dan eksport kepala peledak.
2.
Pembunuhan Kennedy dirancang dengan teliti oleh CIA
serta Pengarah FBI ketika itu iaitu J. Edgar Hoover. Kennedy dilanda
kontroversi apabila tidak melindungi hak Amerika Syarikat sepenuhnya apabila
berlakunya pencerobohan Bay of Pigs ketika Cuba di bawah Fidel Castro cuba
untuk mencetuskan api-api peperangan. Ia menimbul api kemarahan kepada pengarah
FBI, J. Edgar Hoover. J. Edgar Hoover dikatakan telah merancang pembunuhan
Kennedy dalam satu operasi rahsia. Walaubagaimanapun, teori ini masih lagi
longgar dan sukar untuk diterima.
3.
Pembunuhan Kennedy dirancang oleh Timbalan Presiden
Amerika Syarikat ketika itu iaitu Lyndon B. Johnson. Miskipun teori ini
kelihatan tidak logik akan tetapi ia masih juga mempunyai kebenarannya. Kennedy
dilaporkan akan memecat Lyndon B. Johnson pada penggal akan datang kerana Johnson
dilaporkan telah terlibat dalam beberapa skandal yang memburukkan nama Rumah
Putih iaitu skandal duit haram dan pembunuhan politik. Sewaktu skandal ini
tercetus, telah wujud ketidaksefahaman antara Kennedy dan Johnson dalam
pentadbiran dan desah-desus pemecatan Johnson kemungkinan besar adalah benar.
Johnson dikatakan telah merancang dengan teliti untuk melakukan pembunuhan
Kennedy bagi menjamin karier politiknya tidak terjejas.
4.
Pembunuhan Kennedy telah dirancang oleh agen
Presiden Cuba, Fidel Castro. Hubungan Amerika Syarikat-Cuba telah sedia
tegang. Ia bermula selepas Fidel Castro menaiki takhta selepas Revolusi Cuba
yang menggulingkan kerajaan boneka Cuba. Fidel Castro telah membawa pembaharuan
dalam hala tuju Cuba selepas menggantikan kerajaan yang sedia ada kepada
Komunis. Castro telah disokong dengan utuh oleh Soviet Union dan China. Namun,
ia dimusuhi oleh Amerika Syarikat dan kuasa kapitalis lain seperti Britain,
Kanada dan jiran-jiran kapitalisnya. Sangat banyak cubaan-cubaan untuk membunuh
Castro dilakukan, namun satu pun tidak berjaya. Kebanyakkan cubaan tersebut
dicetuskan oleh agen-agen CIA yang secara rahsia berada di Cuba. Ia menimbulkan
rasa marah kepada Castro. Castro percaya bahawa Kennedy telah merencanakan
pembunuhan beliau. Oleh itu, beliau perlu bertindak pantas dan pembunuhan
Kennedy telah dirancang oleh Castro dan pemimpin-pemimpin atasan Cuba. Dan
Castro berjaya.
5.
Orang perseorangan yang mempunyai niat dan natijah
yang sukar untuk diketahui. Miskipun ia kelihatan mustahil namun tangkapan
pertama dan terakhir melibatkan pembunuhan Kennedy adalah orang perseorangan
iaitu Lee Harvey Oswald. Oswald dikatakan membunuh Kennedy dengan menggunakan
senapang miliknya, Corcano Rifle yang dijumpai selepas ditinggalkan di sebuah
tempat pelupusan buku bagi memudahkannya melarikan diri daripada polis. Oswald
bagaimanapun ditangkap di sebuah pawagam di Texas iaitu Texas Theater.
Ironinya, Oswald amat mudah ditangkap dan langsung tidak menunjukkan ciri-ciri
seorang penembak tepat yang tipikal di mana kebiasaanya mereka adalah seorang
yang bijak dan cekap. Oswald kemudian ditempat buat sementara di Dallas Police
Headquarter. Pada 24hb November 1963 bersamaan hari Ahad, Oswald ditembak tepat
di perutnya oleh Jack Ruby sewaktu beliau dibawa turun daripada Dallas Police
Headquarter untuk dipindahkan ke penjara negeri. Oswald meninggal dunia pada
pukul 1.04 pagi di Parkland Memorial Hospital iaitu hospital yang sama Kennedy
dibawa selepas ditembak.
6.
Pembunuhan dirancang oleh golongan Freemason
untuk mencapai tujuan ritual misteri mereka. Teori yang agak pelik pernah
didengar namun ia masih mempunyai asasnya. Freemason terkenal sebagai sebuah
organisasi rahsia yang mempunyai reputasi mengamalkan ritual-ritual pelik dan
kadang-kala tidak masuk dek akal. Ini terjadi kepada pembunuhan Kennedy di mana
golongan tersebut dikatakan membunuh Kennedy kerana ‘membalas dendam’ yang
sekian lama tersirat atas pembunuhan Jacques de Molay atau nama Yahudinya Hiram
Abiff. Jacques de Molay adalah pemimpin Knight Templar dan Grand Master of the
Order of the Knight Templar terakhir. Beliau dihukum bunuh dengan hukuman bakar
selepas dikatakan melakukan amalan sihir, pendewaan kepada kultus,
homoseksualiti, rasuah dan pecah amanah. Beliau dan pengikutnya dihukum bunuh
oleh King Phillip IV of France dan Pope Clement V. Golongan Freemason sengaja
mencari tarikh yang bersamaan dengan pembunuhan Jacques de Molay iaitu pada 22
November. Untuk pengetahuan, Jacques de Molay dibunuh pada 22 November 1307 di
Perancis. Terdapat teori mengatakan bahawa pemilihan tarikh itu dilakukan
kerana 22 haribulan November bersamaan dengan 22+11(November)=33. 33 adalah
darjah Masonik tertinggi dalam carta hirarki mereka.
7.
Pembunuhan telah dirancang oleh Kerajaan Israel dan
dilakukan oleh agen-agen MOSSAD. Umum mengetahui bahawa MOSSAD adalah agen
rahsia yang paling cekap dalam menjalankan tugas selain daripada CIA dan KGB.
MOSSAD sebenarnya adalah sebuah agensi risikan di bawah seliaan kerajaan
Israel. Lazimnya, MOSSAD ditugaskan untuk melakukan operasi risikan di negara
musuh terutamanya negara Palestin, Iraq, Iran dan Syria. Namun, MOSSAD juga
melakukan operasi rahsia yang membabitkan pembunuhan politik sepertimana yang
biasa kita dengar seperti pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin dan paling terbaru dan
kontroversi, pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh di Abu Dhabi. Sebenarnya, ‘mangsa’
MOSSAD tidak tertakluk kepada yang beragama Islam dan mereka yang didakwa
mereka sebagai pengganas tetapi turut serta adalah mereka yang tidak
bersependapat dengan kerajaan mereka iaitu Israel. Antara yang menjadi mangsa
adalah subjek penulis untuk entry kali ini, John F. Kennedy.
Sewaktu Kennedy menjawat jawatan presiden, Kennedy
tidak bersependapat dalam banyak perkara terutamanya membabitkan isu nuklear
dengan perdana menteri Israel ketika itu, David Ben Gurion. Menurut satu rekod,
Kennedy tidak bersetuju dengan cadangan Ben Gurion untuk membina loji nuklear
dan misil berpeledak nuklear bagi menjadikan Israel sebagai kuasa nuklear
setanding Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pembinaan itu dikatakan berada di
gurun Dimona.
Selanjutnya, selepas pengunduran Ben Gurion pada Jun
1963, isu nuklear masih lagi dimainkan oleh penggantinya iaitu Levi Eshkol.
Sepertimana Ben Gurion, Eshkol berkeras mahu menjadikan negara Israel sebagai kuasa
nuklear. Tujuannya adalah untuk melindungi negaranya daripada kuasa-kuasa Arab
yang menggelilinginya sepertimana kata-kata Ben Gurion kepada Kennedy:
“Mr. President,
my people have the right to exist, and this existence is in danger.”
Walaubagaimanapun, Kennedy tidak pernah bersetuju
kerana menganggap nuklear sangat merbahaya jika ia disalahgunakan untuk tujuan
penindasan.
Hal Peribadi
Keluarga Kennedy
Sebenarnya, isu membabitkan Ben Gurion dan Kennedy
terkait juga isu peribadi di mana bapa kepada Kennedy iaitu Joe Kennedy
merupakan seorang anti-semitik yang bersama-sama dengan Henry Ford (pengasas
Ford) membantah campur tangan zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
Sebenarnya, Joe Kennedy bukan sahaja seorang anti-semitik tetapi juga menyokong
Hitler sewaktu Perang Dunia Kedua. Ia diketahui oleh semua ahli-ahli Zionis
termasuklah Ben Gurion.
Seperti bapanya, Kennedy sendiri juga adalah seorang
yang tidak senang dengan kegiatan Zionis dalam pentadbiran Amerika Syarikat.
Beliau tidak mahu kongres Amerika Syarikat dipengaruhi oleh keputusan Zionis.
Dan akibatnya sangat teruk. Kennedy sangat tidak disenangi oleh ahli politik
berbangsa Yahudi.
Oswald hanya
kambing hitam
Kemuncak kepada isu ini termasuklah isu Nuklear Israel
menyebabkan Kennedy dibunuh dengan kejam. Watak Oswald hanya tempelan sahaja.
Yahudi menguasai seluruh media di Amerika Syarikat. Mereka mampu mengubah satu
cerita kepada cerita yang lain. Disebabkan itu Oswald dibunuh sebelum sempat
dibicara. Ia dibimbangi akan membocorkan rahsia-rahsia sulit MOSSAD. Dalam kata
lain, Oswald hanyalah kambing hitam yang tidak bernasib baik kerana berada di
tempat dan masa yang tidak betul.
Penutup
Terbunuhnya Kennedy merupakan titik tolak kepada
penguasaan Israel dalam kuasa nuklear. Israel dikatakan telah bersekongkol
dengan China untuk membentuk kuasa nuklear secara bersama. Oleh sebab itu,
sehingga ke hari ini, China miskipun Komunis, ia tidak pernah dilihat bermusuh
dengan Amerika Syarikat apatah lagi Israel.
Tengoklah hari ini, jika Kennedy terselamat dalam
setiap misi pembunuhannya, saya yakin dunia hari ini tidak akan melihat Israel
yang bermaharajalela. Israel tidak akan mempunyai misil berpeledak nuklear.
Israel tidak akan mempunyai roket berpeledak benua ke benua. Dan Israel hanya
sebuah negara yang tiada apa-apa.
Barang siapa bertanya kepada saya, siapakah presiden
AS yang paling dikagumi..
Tanpa berfikir panjang, ia adalah John Flitzgerald
Kennedy!
No comments:
Post a Comment